Bantuan Bayaran Pembiayaan

Berikutan pengumuman oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 28 Jun 2021, Agrobank komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan, khususnya pelanggan bagi kategori yang berkaitan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran semula pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19.

MAKLUMAN

Bagi mendapatkan kelulusan dan tarikh efektif bantuan bayaran bermula pada 1hb bagi bulan hadapan, permohonan anda perlu dihantar kepada pihak Agrobank selewat-lewatnya jam 12 tengahari pada hari terakhir setiap bulan bagi kategori Individu dan 2 hari sebelum hujung bulan bagi kategori SME*

*Bagi kategori SME kelulusan adalah mengikut kelayakan permohonan syarikat